Wednesday, 20 June 2012

TEORI OH TEORI

Assalamualaikum,

TEORi, teori!!!! macam mana la aku nak buat supaya kita boleh menjadi serasi..kira ala-ala 'serasi bersama' begitu.. Sebenarnya daripada dulu, aku cuba tok minat 'teori' lebih daripada segala-galanya.. tapi tak berdaya pula..hahha... macam itu pun boleh jadi.. jujurlah aku katakan aku lebih minat matematik daripada teori.. maaflah teori bukan nak buat hang tersinggung.. aku minat matematik sejak aku kecil lagi..agak2 dalam darjah 4 macam itu kot..





                             VS




kenangan ini masih bermain2 kat ingatan aku nie, macam mana boleh pupuk rasa minat matematik dalam diri aku nie.. Orang yang paling bertanggungjawab dalam hal nie adalah mama aku sendiri.. Dialah yang buat aku minat sangat kat math.. Mama aku nie memang terserlah kegarangannya..Kalau dia dah start bukak mulut je, boleh disamakan dengan gunung berapi gamaknya..hahha...kami adik beradik mulalah nak mencari tempat persembunyian daripdanya...kelakar bila teringat kembali....hahha...sampai sanggup sorok bwah meja, katil.... tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.. 


Pernah suatu hari, cikgu matematik aku beri tugasan menghafal sifir..adoyai, itulah kelemahan utama aq..MENGHAFAL...sakit kot kepala aq kalau bab2 begini... Aku mengadu pada mama.. biasalah budak2kan, mestilah perkara seremeh macam mana pun benda itu, dia tetap nak cerita pada family dia..begitu jugalah dengan aku nie.. Aku ingat dapatlah bantuan secara baik dan lembut gitu.. Malam itu jugalah, mama aku memulakan peranan sebagai 'guru matematik sementara' sambil memegang kayu.. Feram kot.. kayu bukan yang nipis2 tu, tapi tebal, tak dapat agak pula berapa inci kayu tu..tapi memang confirm tebal.. kalau kena tu, mahu sebulan tak sembuh2...

Aku nie sudahlah seorang yang mudah gementar, takut terlebih pula tu... memang tak dapat jawab langsung apa yang 'cikgu sementara' tu soal... makin kecut perut aku jadi bila cikgu tu angkat kayu tebal tu pula..tapi aku tahu tiada ibu2 di dunia nie yang sanggup mencederakan anaknya sendiri...betol tak? aku hanya diberi denda duduk di luar selama 2 jam.. dalam gelap pula tu.. terpaksa la aku duduk dalam gelap tu sambil menghafal sifir.. Masa tu, air mata aku turun macam air terjun je..penuh satu baldi agaknya..


Dan masa itu jugalah aku pendam dalam diri aku nie tuk meluangkan masa yang begitu banyak bersama Mr.matematik....hahhah...dan ketika itu jugalah aku mula minat  pada matematik... *_*   ^_^.. TERIMA KASIH MAMA!!!


1 comment: